BLOG TMK SEKOLAH RENDAH

HAMIDAH BINTI JAPRI
PPG/MT/01/00515/2012/2/KIC
Blog TMK Sekolah Rendah

Monday 26 November 2012

Mari menyukat isi padu cecair











                         Sumber :  http://www.youtube.com/watch?v=NqmZa0lreks



Menyukat isi padu cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat


                               Contohnya :


     Isi padu 2 sudu besar cecair ialah 20 mililiter.

Isi padu 1 kole cecair ialah 400 mililiter.



Untuk menyukat isi padu cecair kita hendaklah lihat pada paras mata, untuk
 mendapatkan bacaan yang tepat.





Mari menganggar isi padu
















Sumber : Buku Teks Tahun 2

















Mari menulis ml dan l

NOTA :


1000 mililiter sama dengan 1 liter.
Menulis isi padu cecair yang diberi dalam mililiter dan liter dengan menggunakan simbol ml 
atau l.
Contohnya :
               a)  150 mililiter ditulis 150 ml
               b)  3 liter ditulis 3 l.


AKTIVITI : 
                      Tulis simbol isi padu.











Sunday 25 November 2012

Mari mengenal unit mililiter dan liter


Kita menggunakan unit mililiter bagi menyatakan isi padu cecair yang sedikit.
Simbol bagi mililiter ialah ml.
Kita menggunakan unit liter bagi menyatakan isi padu cecair yang banyak.
Simbol bagi liter ialah l.

Cuba sebut isi padu cecair di dalam gambar.



Bacaan dalam mililiter







Bacaan dalam liter

Alat untuk menyukat isi padu cecair

Kosong
Separuh penuh
Penuh


Pelbagai saiz bikar plastik untuk menyukat isi padu cecair.


BIKAR KACA

BIKAR KACA

SILINDER PENYUKAT


                                      

Wednesday 7 November 2012

MATEMATIK TAHUN 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, inilah hasil blog saya yang pertama. Saya harap saya akan dapat menghasilkan blog yang lebih baik selepas ini. Semoga apa yang dipaparkan memberi sedikit maklumat kepada anda.



ISI PADU CECAIR


Pengenalan

         Isi padu cecair adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti  cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas.

        Dalam kehidupan seharian murid, sebenarnya mereka telah terdedah dengan ukuran standard isi padu cecair. tetapi mereka tidak sedar dan tidak mengambil tahu tentang hal ini. Biasanya kebanyakan botol ataupun tin minuman tertera unit standard ini. Saiz bekas yang berbeza biasanya akan mengelirukan murid-murid dalam menentukan isipadu cecair. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru,  mereka dapat mempelajari dan memahami tajuk ini dengan lebih mudah.

    Unit bagi isi padu yang digunakan dalam menyukat isi padu cecair   di sekolah rendah iaitu milliliter  ( ml ) dan liter ( l ). Antara alat yang  boleh digunakan untuk menyukat isi padu cecair ialah  seperti  bikar, silinder penyukat dan sebagainya.