BLOG TMK SEKOLAH RENDAH

HAMIDAH BINTI JAPRI
PPG/MT/01/00515/2012/2/KIC
Blog TMK Sekolah Rendah

Wednesday 7 November 2012

MATEMATIK TAHUN 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, inilah hasil blog saya yang pertama. Saya harap saya akan dapat menghasilkan blog yang lebih baik selepas ini. Semoga apa yang dipaparkan memberi sedikit maklumat kepada anda.



ISI PADU CECAIR


Pengenalan

         Isi padu cecair adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti  cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas.

        Dalam kehidupan seharian murid, sebenarnya mereka telah terdedah dengan ukuran standard isi padu cecair. tetapi mereka tidak sedar dan tidak mengambil tahu tentang hal ini. Biasanya kebanyakan botol ataupun tin minuman tertera unit standard ini. Saiz bekas yang berbeza biasanya akan mengelirukan murid-murid dalam menentukan isipadu cecair. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru,  mereka dapat mempelajari dan memahami tajuk ini dengan lebih mudah.

    Unit bagi isi padu yang digunakan dalam menyukat isi padu cecair   di sekolah rendah iaitu milliliter  ( ml ) dan liter ( l ). Antara alat yang  boleh digunakan untuk menyukat isi padu cecair ialah  seperti  bikar, silinder penyukat dan sebagainya. 


No comments:

Post a Comment